keraian ramadhan bersama anak yatim

Pada 23 April 2021 lalu, Team BGST Resources Sdn Bhd telah menganjurkan Lawatan Amal ke Pusat Jagaan Curahan Kasih Sayang Ikhwan sempena sambutan Ramadhan 2021.

Aktiviti ini merupakan satu tujuan menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir.

Lawatan team BGST ke Pusat Jagaan Rumah Curahan Kasih Sayang Ikhwan disambut mesra oleh anak-anak dan barisan penjaga. Seterusnya satu majlis ringkas telah diadakan untuk menyampaikan sumbangan barangan seperti bekalan makanan dan lampin.

Selain itu, penyampaian sumbangan duit raya diberikan kepada semua ahli anak-anak dan turut kepada penjaga mereka di pusat jagaan tersebut. Majlis seterusnya diserikan lagi dengan alunan zikir dan nasyid merdu oleh anak-anak.

Majlis diikuti dengan sesi berbuka puasa dan solat maghrib dan isyak. Sebelum majlis bersurai, team BGST sempat menjamu selera secara “bertalam” bersama anak-anak.

Akhir sekali, kami bertolak pulang dengan salam mesra dari seluruh keluarga pusat jagaan. Secara ringkasnya, majlis yang dianjurkan sangat meriah dan penuh keriangan. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat barakah daripada Yang Maha Esa.

========================================

Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi melancarkan majlis ini, tidak lupa juga terima kasih kepada pihak yang telah bersama-sama menyumbang dan menderma.

Album Gambar

BGST Meraikan Ramadhan Bersama Anak Yatim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *