Pejabat Urusan BGST Resources Sdn Bhd yang terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor

BGST Resources SDN BHD adalah sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan bermula melatih usahawan dan pelanggan sehingga perkhidmatan selepas jualan, di mana kami membuat kelas untuk mengajar para usahawan cara untuk memborong barang di China sama ada secara offline atau online. Offline adalah di mana kita pergi China, bawa para usahawan untuk berjumpa dengan pembekal sendiri sama ada di kilang, pasar borong China atau pameran perniagaan. Manakala borong barang China secara online pula adalah kita mengajar para usahawan untuk memborong barang melalui laman web – laman web khas China seperti 1688, Taobao, Alibaba dan sebagainya.

Selain itu, BGST juga menyediakan perkhidmatan sokongan seperti pengangkutan dan penghantaran (freight & forwarding), ini di mana kita membantu para usahawan yang telah memborong barang di China membawa barang-barang itu untuk pulang ke Malaysia. Para usahawan juga boleh memilih sama ada melalui pekhidmatan kargo udara mahupun laut. Kami juga menyediakan perkhidmatan broker kastam dan ejen pelepasan untuk para usahawan dan pelanggan.

Di samping itu juga, BGST juga ada menawarkan perkhidmatan atau cara untuk membayar kepada pembekal dalam mata wang Yuan. Perkhidmatan lain pula termasuklah pemeriksaan barangan sebelum membawa masuk barang-barang tersebut ke Malaysia, Seterusnya menawarkan pemandu pelancong peribadi untuk pelanggan-pelanggan khas atau VVIP untuk melakukan trip borong ke China.

BGST juga ada menyediakan ejen belian khas untuk para usahawan yang tidak boleh melakukan trip borong ke China tetapi tetap mahu untuk membeli barang borong China. Ini bermaksud BGST akan menguruskan belian barangan yang dikehendaki oleh para pelanggan dan berurusan dengan kilang mahupun pembekal di China.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan daripada BGST Resources Sdn Bhd adalah kami mempunyai khidmat pelanggan yang sangat cekap, kami juga mempunyai ruang penyimpanan khas untuk pelanggan-pelanggan kami iaitu Gudang di Malaysia dan China, dan kami juga akan membuat penghantaran barang-barang terus ke pintu rumah setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

 Bagi anda yang ingin menggunakan perkhidmatan kami, sila hubungi kami di : +603 33939072

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *