Pada bulan Mac 2025, BGST telah dilantik sebagai perunding import eksport oleh sebuah syarikat multinasional iaitu PerkinElmer Manufacturing Sdn Bhd yang bertapak di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Perkara ini merupakan satu pencapaian dan langkah yang besar bagi BGST dalam memberikan perkhidmatan rundingan pada syarikat gergasi.

PerkinElmer Manufacturing Sdn Bhd yang berasal dari Amerika Syarikat baru sahaja bertapak di Malaysia dan mereka memerlukan informasi mengenai akta serta undang-undang Malaysia berkaitan import eksport seperti keperluan permit dan pengurusan perlepasan kastam.

Mengikut dakwaan pegawai PerkinElmer, sebelum ini mereka telah berjumpa dengan beberapa perunding serta pegawai agensi kerajaan yang lain tetapi mereka gagal mendapatkan maklumat yang tepat sedangkan syarikat ini hanya mempunyai masa yang singkat untuk menguruskan hal permit barangan kimia bagi tujuan import untuk pengoperasian kilang.

BGST yang berpengalaman dalam dunia import eksport selama 14 tahun telah memberikan rundingcara, langkah penyelesaian yang efektif dan info yang tepat dari segi pengurusan permit dan proses perlepasan kastam tersebut.

Ini adalah kata-kata dari salah seorang kakitangan di syarikat ini yang menyatakan :
“We are so happy to engage with you since the other consultants were too demanding. BGST has full knowledge and advice on the complete procedure of shipment and the requirement needed”

Kami berharap agar dapat membantu lebih banyak syarikat sama ada dari SME atau MNC dalam memberikan rundingcara import dan eksport dengan lengkap dan terperinci bagi kemudahan mereka.

Untuk menggunakan servis dan perkhidmatan BGST, hubungi kami di

Laman Web : https://www.bgst.com.my/

Whatsapp : http://www.wasap.my/+60169391757/Shipping

Email: info_cs@bgst.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *