seafreight and airfreight

Penghantaran Barang Dari China Ke Malaysia

BGST Resources Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan penghantaran barang dari China ke Malaysia secara menyeluruh dan yang paling dipercayai. BGST boleh menguruskan cargo dari China atau Malaysia ke mana-mana negara yang dikehendaki. Perkhidmatan shipping kami adalah secara console dan full kontena (FCL). BGST berpengalaman dalam pengurusan kargo lebih dari 9 tahun.

LCL (Less Container Load) adalah pengiriman barang dengan menggunakan container dimana pengiriman barang dalam satu container penuh terdiri dari beberapa pengirim yang digabungkan dalam container tersebut. Jadi dalam container tersebut, terdapat barang campuran yang dimiliki oleh orang yang berbeza. Manakala FCL (Full Container Load), adalah penghantaran barang dengan menggunakan satu container penuh yang dimiliki oleh satu pengirim. Semua barang dalam container itu milik satu orang atau pelanggan dan tidak bercampur dengan barang orang lain.

Kos penghantaran barang dari China ke Malaysia

Ramai yang agak keliru dengan cara untuk menira kos penghantaran barang dari China ke Malaysia. Cara pengiraan terbahagi kepada dua iaitu kiraan melalui seafreight dan airfreight. Kos penghantaran seafreight adalah berdasarkan berapa luas kegunaan ruang untuk barangan anda di dalam kontena. ! CMB (atau dipanggil M3), kegunaan ruang dicas antara RM470-RM660/CBM bergantung kepada lokasi penghantaran. Berat maksima yang diterima adalah 0.5CMB. Cas ini adalah dari warehouse China ke pintu rumah anda telah termasuk semua cukai, logistik dan kos pengurusan kecuali untuk barangan tertentu seperti barangan sensitive/berat.

Kos penghantaran airfreight pula adalah berdasarkan berat barang yang ditimbang atau berat volumetrik mana yang tertinggi. Berat volumetrik adalah kiraan saiz kotak yang dihantar. Formulanya : Panjang x lebar x tinggo (cm)/ 6000. Kemudian akan dibandingkan adakah berat timbang atau volumetric yang tertinggi. Katakan berat atas penimbang adalah 5kg dan berat volumetric adalah 7kg. Kiraan cas adalah berdasarkan 7kg. 1kg dicas sekitar RM17-25/kg mengikut jenis barang.

Pihak-pihak yang terlibat sewaktu penghantaran kargo

Ramai yang menggunakan perkhidmatan penghantaran (shipping service) kerap kali fikir bahawa semua pengurusan penghantaran adalah dibawah satu syarikat sahaja. Namun sebenarnya, sama ada melalui udara atau laut banyak pihak yang akan terlibat.

Di antaranya adalah:

  • Fowarding agent di negara pengeksport dan pengimport

Contohnya BGST. Kami menguruskan booking kapal, Tarikh loading sesuai dengan departure, dokumen eksport/import dan lain-lain.

  • Warehouse/haulier company di kedua-dua negara

BGST juga mempunyai warehouse tempat pengumpulan dan distribution barangan tetapi kami menggunakan khidmat haulier (trucker) luar.

  • Ocean/Air liner. Carrier yang membawa kargo anda

Contohnya Cosco, Wan Hai, Maersk, DHL, UPS, Mas Kargo. Fowarding agent membuat booking dengan liner-liner ini.

  • Kastam di kedua-dua negara pengeksport dan pengimport.

Tugas mereka ini adalah memastikan undang-undang import dan iksport dipatuhi. Kedua-dua negara ada ‘handshake’ dalam kepatuhan ini.

Setiap Pihak ini menjalankan tugas dalam bidang kuasa serta timeframe masing-masing. Jadi amatlah sukar bila BGST dapat soalan seperti ini:

  1. Boleh laju sikit tak hantar barang saya?

BGST tiada hak untuk info kapten kapal atau pilot untuk bawak laju-laju.

  • Saya punya barang potong Q sikit ye?

Pengurusan kargo adalah bersistem. Tiada istilah potong Q. Booking awal itu boleh.

  • Boleh suruh kastam buat clearance cepat tak?

Boleh sekiranya anda merupakan salah seorang kable besar kastam dan sendiri cakap dengan mereka. Tapi biasanya tak dapatlah.

Jadi ringkasnya, proses menghantar barangan dari China ke Malaysia bukan seperti hantar barangan ke pejabat Pos laju. Banyak proses yang terlibat. Oleh itu, syarikat logistic biasanya akan memberikan ETA (Estimated Time Arrival) dan tiada confirm date. Kadangkala akan terjadi penangguhan sekiranya berlakunya masalah cuaca, pemeriksaan kastam dan sebagainya. Jadi rancang pembelian anda dari China dengan baik.

10 thoughts on “Penghantaran Barang Dari China Ke Malaysia
      1. Hi puan, ya kami boleh. Puan boleh hubungi kami di whatsapp/call ya : 011 3697 2173 (cik Nooris)

        Terima kasih.

  1. Salam Admin
    Saya nak beli food trailer dari China
    Dimension: 4000*2000*2300mm(L*W*H)
    13.12*6.56*7.55ft(L*W*H)
    Boleh bagi saya info dan process bagaimana dan berapa kos yg di kena kan? Plan nak bawak masuk 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *