borong barang china
Borong Barang China
Pusat Borong kain di China

Borong Barang China

Tidak asing lagi negara China merupakan negara ekonomi terbesar dunia atau kita oleh gelarkan ianya sebagai ‘syurga pembuatan barangan di dunia’. Boleh dikatakan hampir 95% produk yang ada disekeliling kita dihasilkan dari China dan menggunakan tag ‘MADE IN CHINA’. Ini membuktikan bertapa hebatnya kuasa ekonomi China. Tidak hairanlah aktiviti borong barang china sering dilakukan di seluruh dunia.

Melalui pengalaman BGST selama hampir 10 tahun, kami mendapati China adalah sebuah negara ‘lubuk emas’ bagi peniaga bukan sahaja di Malaysia malahan di serata dunia. Dengan harga barangan yang murah China menjadi pengeksport utama barangan keluaran  mereka ke negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Eropah. Tambahan pula, kualiti barangan dari China telah ditingkatkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun begitu, beberapa perkara harus dipelajari sebelum memborong di sana. Pemborong harus mengetahui persediaan sebelum ke sana, kaedah memborong yang betul, kaedah menghantar barangan serta budaya tanpa pengetahuan yang lengkap banyak dari pemborong yang tidak dapat bertahan lama.

Memborong dari China tidak sukar seperti yang dibayangkan. Kita kini sedang hidup di zaman moden dan segalanya boleh dilakukan dihujung jari sahaja. Selain pergi ke China anda juga boleh memborong secara online di platform online seperti Alibaba, Taobao, 1688 dan lain-lain.

Kenapa China?

  1. MURAH!

Tak boleh dinafikan lagi, harga barangan di China adalah yang termurah yang boleh anda jumpa!. Namun sama seperti di Malaysia, ‘special price’ biasanya anda akan dapat setelah beberapa kali berurusan dengan pembekal tersebut. Selain itu, pembekal di China lebih focus kepada pelanggan yang ingin berurusan dalam jangka masa panjang dan tempahan dalam jumlah yang banyak.

  • KAYA DENGAN BARANGAN TERKINI

Kalau anda nak tahu, terdapat lebih dari beratus ribu design dan jenis barang yang boleh didapati di China. Dengan pilihan yang banyak seperti ini, anda boleh menjadikan business anda lebih kreatif dan anda dapat menepati kehendak pasaran dan pelanggan anda dan tak perlu lagi berharap pada supplier di Malaysia yang rata-ratanya memborong dari China juga.

  • BARANGAN BERKUALITI

Ramai yang beranggap barangan buatan China ni “cikai”, “fake’. Namun hakikatnya di China ni sebenarnya banyak pengilang untuk barangan berjenama. Contohnya jenama Nike, Apple, Carters, Bosch, Samsung dan banyak lagi. Mereka buka kilang di China untuk menjimatkan kos production sebab labour cost di China lebih murah. Barangan seperti ini di pantau kualiti dan materialnya. Bagi barangan tanpa jenama pula, boleh didapati dalam beberapa spec yang berlainan dan harganya juga berlainan juga. Sebagai pemborong anda adalah penentu untuk memilih barangan yang berkualiti tinggi atau yang berkualiti rendah mengikut kesesuaian pasaran anda.

Secara ringkasnya China telah menjadi tumpuan dari pelbagai jenis peniaga dan pemborong dari seluruh dunia yang datang untuk menilai dan lihat produk untuk dipasarkan ditempat mereka. Jadi untuk anda yang baru nak memulakan perniagaan, carilah barangan atau produk yang murah dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit tak perlu risau, semua ada di China. Bagi aktiviti penghantaran barang dari China ke Malaysia terdapat banyak syarikat yang menawarkan servis penghantaran samada melalui udara, darat & air. Antaranya BGST Resources Sdn.Bhd. yang menawarkan “shipping service” pada kos yang ekonomi & berpatutan.

One thought on “Borong Barang China

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *