Beli Barang Dari China

Beli Barang Dari China

BGST Resources Sdn Bhd mempunyai perkhidmatan yang baik dari China ke Malaysia. BGST juga menguruskan penghantaran kargo dari China atau dari Malaysia ke seluruh dunia. Bagi mereka diluar sana yang ingin beli barang dari China terutamanya, mereka bolehlah mendapatkan servis dan juga khidmat nasihat dari BGST bagi membolehkan urusan mereka berjalan lancar dan selamat. BGST mempunyai pengalaman selama 9 tahun dalam pengurusan industri kargo yang perkhidmatannya dipercayai.

BGST menyediakan perkhidmatan door to door bermaksud barang dari China ke Malaysia atau dari Malaysia ke China boleh dihantar dihadapan pintu rumah pelanggan. BGST juga menerima pesanan barang dari negara luar tetapi barang pelanggan akan diletakkan di port sahaja.

Beli Barang Dari China

BGST Resources Sdn Bhd menyediakan dua perkhidmatan penghantaran iaitu Full Container Load (FCL) dan Less Container Load (LCL). FCL ialah penghantaran yang menggunakan satu kontena dan satu pelanggan sahaja tidak akan bercampur dengan kontena atau barang pelanggan yang lain. Untuk lebih mudah faham, bagi para usahawan, pemborong dan peniaga yang ingin beli barang dari China secara borong ataupun dalam kuantiti yang banyak, servis FCL amatlah berbaloi dengan bajet dan masa mereka. FCL juga mempunyai tiga jenis kontena. Yang pertama full kontena 20 kaki bersamaan 28 cbm. Yang kedua 40 kaki bersamaan dengan 65 cbm. Manakala LCL pula ialah penghantaran yang menggunakan satu kontena tetapi bercampur dengan pelbagai pelanggan. Terdapat dua jenis penghantaran yang disediakan oleh BGST iaitu Seafreight dan Airfreight.

Seafreight sesuai untuk barang yang besar dan berat. Sangat sesuai bagi mereka yang selalu beli barang dari China seperti tokol pakaian, perabot dan kelengkapan rumah dan sebagainya. Seafreight  mempunyai dua gudang di China iaitu Guangzhou dan Yiwu. Harga bagi kedua dua gudang adalah berlainan kerana jarak Yiwu lebih jauh dari GuangZhou. Maximum 1 CBM = 500 kg. Jika lebih dari 500 kg ia akan menjadi 2 CBM. Senarai harga CAJ MINIMA 0.5 CBM hanya untuk barangan normal sahaja. Bagi barangan sensetif akan dikenakan cas tambahan.

  • Berikut merupakan cara pengiraan bagi Seafreight menggunakan CBM:

            CBM = (Panjang X Lebar X Tinggi) cm / 1000,000

Airfreight pula selalu digunakan untuk barang yang kecil dan ringan. Hanya satu gudang sahaja yang digunakan oleh Airfreight iaitu gudang di Guangzhou. Kiraan berat bagi Airfreight adalah berdasarkan berat fizikal atau berat volumetrik, mana-mana yang tertinggi.

  • Berikut merupakan cara kiraaan berat volumetrik:

KG = (Lebar X Panjang X Tinggi) cm / 6000

Estimation Time Arrival bagi Seafreight adalah 3-4 minggu dari Guangzhou manakala dari Yiwu selama 4-5 minggu. Estimation bagi Airfreight pula adalah 7 – 10 hari.

Beli Barang Dari China

Pihak yang terlibat semasa penghantaran kargo adalah pihak yang sama ada udara atau laut.

Pihak yang terlibat adalah:

Ejen pemajuan di negara eksport dan import.
  • Contoh di BGST, kami akan menguruskan tempahan kapal bagi mereka yang beli barang dari China khususnya, tarikh pemuatan untuk berlepas, dokumen eksport untuk eksport/ import dan lain-lain.
Syarikat gudang/ pengangkutan antara kedua-dua negara.
  • BGST mempunyai gudang sendiir untuk mengumpulkan dan mengedarkan barang, namun kami menggunakan perkhidmatan tersebut. (Pengangkutan orang luar)
Kapal udara/ udara.
  • Perkhidmatan pembawa yang membawa kargo/ barang. Contohnya, Cosco, Wan Hai, Maersk, DHL, UPS, Mas Kargo. Ejen penghantaran akan membuat pesanan untuk pelanggan.
Pegawai kastam di negara eksport dan import.
  • Tugas mereka adalah memastikan peraturan import/ eksport dipatuhi. Kedua-dua negara mempunyai perjanjian ‘berjabat tangan’ untuk dipatuhi

Kesimpulannya, proses penghantaran yang membabitkan dua buah negara bukanlah suatu proses yang mudah. Sebaliknya, proses ini memerlukan penilitian yang khusus untuk menjamin barangan yang dihantar selamat dan berada dalam keadaan yang baik. Bagi mereka diluar sana yang ingin tahu selok belok beli barang dari China, mereka bolehlah mengambil kursus borong China yang sering kali dianjurkan oleh BGST setiap tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *