Pembekal Dari China
Apabila anda menjalankan perniagaan, ia penting untuk mempunyai pembekal dari China yang boleh dipercayai untuk membekalkan anda dengan bahan yang anda perlukan untuk mencipta produk, membungkusnya dan/atau menjualnya terus kepada pelanggan anda. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pembekal bergantung pada jenis produk yang dijual. Sama ada anda menyokong perniagaan tempatan dengan membeli daripada mereka atau mempunyai pembekal luar negara.
Jenis pembekal yang anda ingin guna bergantung pada jenis pernigaan yang dijalankan. Jika anda menjual nasi lemak sebagai contoh, mungkin lebih baik cari penjual tempatan untuk menyediakan ikan bilis kering. Tetapi untuk perkara yang lebih universal seperti pakaian, alat-alat dan kosmetik, mungkin lebih baik mencari pembekal dari China. Kenapa? Kebanyakan produk tersebut datang dari sana jadi berurusan terus dengan pembekal dari China adalah lebih murah.
Cara-Cara Mencari Pembekal Yang Dipercayai
Gunakan B2B Marketplaces
Kaedah ini boleh menjadi cara paling mudah untuk mencari pembekal dari China kerana anda hanya perlu mencari mereka dalam talian. Tapak popular seperti Taobao, 1688 dan Alibaba adalah beberapa tempat yang boleh anda lawati untuk mencari bakal pembekal dan juga pengeluar. Walau bagaimanapun, seperti semua kedai dalam talian, anda perlu berhati-hati dengan penipu.
Tapak web yang dinyatakan di atas mempunyai sistem penilaian yang boleh digunakan untuk menentukan sama ada halaman pembekal yang dilihat adalah sah atau tidak. Sudah tentu hanya melihat penilaian tidak mencukupi. Sesetangah penarafan boleh dibeli jadi syarikat perdagangan akan melabur untuk mendapatkan penarafan bintang emas yang diidamkan itu. Apa yang anda boleh lakukan ialah Google syarikat itu atau hubungi mereka terus untuk bertanya.
Sebaik sahaja anda dapat menghubungi mereka, langkah berjaga-jaga lain yang boleh diambil ialah memesan sampel produk yang mereka jual. Jika produk memenuhi piawaian anda, anda boleh teruskan membeli secara pukal dan merundingkan harga. Perlu diingat, semakin rendah harga, semakin rendah kualiti produk jadi jangan tawar-menawar terlalu banyak.
Gunakan Agen Penyumberan
Seterusnya, kami mempunyai ejen penyumberan. Ejen penyumberan sesuai apabila anda perlu mencari produk yang akan dikeluarkan dengan spesifikasi teknikal yang tepat. Cuba cari ejen penyumberan yang berpangkalan di China atau miliki pasukan di China kerana ejen ini boleh terus pergi ke pangkalan operasi pembekal atau kilang pembuatan untuk mengawasi kawalan kualiti produk dan proses pembuatannya.
Ejen dari China juga mahir dalam bahasa Mandarin jadi halangan bahasa tidak akan menjadi masalah dan anda boleh menyampaikan keperluan produk dengan jelas. Ejen penyumberan memastikan maklumat ini disampaikan dengan jelas supaya anda dan pengilang atau pembekal berada di halaman yang sama sebelum pengeluaran bermula.
Pendek kata, bekerjasama dengan ejen penyumberan yang dipercayai akan memberi anda sokongan menyeluruh sepanjang keseluruhan proses penyumberan. Sangat bermanfaat jika anda boleh melabur dalam ejen ini terutamanya jika anda berhasrat untuk membina hubungan jangka panjang dengan pembekal anda. Sekiranya anda ingin menggunakan servis dari BGST, anda boleh klik link ini —-> Perkhidmatan BGST Resources Sdn Bhd
Pergi ke Canton Fair dan Yiwu Market
Pada masa ini, kedua-dua pilihan ini tidak boleh dilakukan tetapi sekiranya China terbuka untuk menerima pelawat antarabangsa sekali lagi, ini adalah tempat yang bagus untuk mencari pembekal. Bagi mereka yang tidak tahu, Canton Fair adalah konvensyen import/eksport terbesar yang diadakan dua kali setahun dan merangkumi hampir setiap industri yang membuat produk fizikal. Anda boleh hadir secara percuma dan mengupah jurubahasa jika anda mahu.
Kemudian kita mempunyai Pasar Yiwu. Pasar di Zhejiang ini dibuka sepanjang tahun. Ia menempatkan lebih 40,000 kedai tetapi anda hanya perlu mengunjunginya jika anda mencari kasut, tekstil, aksesori, jam tangan dan beg dengan harga yang rendah. Pasaran lebih disasarkan kepada pembeli dari India, Afrika dan Timur Tengah jadi produk yang dijual di sana mungkin tidak mengikut piawaian atau peraturan keselamatan yang sama di negara anda.
Ini adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mencari pembekal dari China. Anda tidak akan dapat mencari pembekal pilihan anda dengan segera jadi jangan berkecewa jika anda mengambil masa yang lama untuk mencarinya. Proses penapisan boleh mengambil masa berhari-hari ataupun berminggu-minggu dan proses hanya menjadi lebih lama jika anda berhasrat untuk menggunakan lebih daripada satu pembekal. Jadi, luangkan masa anda untuk mencari pembekal dari China yang boleh dipercayai.