Borong-China-Online

Borong China Online

Memandangkan tiada lagi khabar berita border China akan dibuka dalam masa terdekat. Jadi, para peniaga hanya ada pilihan untuk membeli barangan perniagaan dengan harga yang murah atau kata lainnya harga borong adalah secara atas talian sahaja (online).

Apa website untuk borong barang dari China? Ada banyak website online jual barang borong China tapi untuk kali ini kami senaraikan yang paling mudah dan selamat. Sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak cuba membeli.

Borong China Online

Di bawah adalah antara website membeli barang murah di China paling best! Ada banyak sebenarnya website tapi di bawah ni paling best sebab lebih senang nak membeli dan ramai orang kita beli dari situ sebenarnya.

1.         Taobao

Website paling popular untuk membeli barang-barang murah. Taobao adalah lubuk mencari supplier bagi mereka yang menjual di Shopee dan Lazada. Tapi ramai lagi beli untuk keperluan diri sendiri sebab di Taobao boleh beli barang dalam quantity yang sedikit. Beli satu pun boleh di Taobao. Walaupun kita tak faham Bahasa China, trick dia hanya menggunakan plugin ‘google translate’ je.

Harga di Taobao sebenarnya lebih kurang je dengan Shopee dan Lazada kalau secara asalnya. Tapi… kalau kita pandai “selam”, Taobao ni sangatlah murah! Sebab tu ramai je orang kita beli dari Taobao. So kena ada ilmu, jangan main beli je.

2.         1688.COM

Ramai yang kata ini lubuk borong teramatlah murah, lagi murah 1688 kalau dibandingkan dengan Taobao. Tapi, website ni agak “tricky” sikit nak membeli sebab ia focus untuk rakyat China sahaja. Penghantaran yang disediakan untuk alamat di China sahaja.

Tapi kenapa masih ramai je orang kita yang membeli di 1688.com? Sebabnya mereka dah tahu trick macam mana. Mereka pakai orang tengah (ejen) dari China untuk uruskan penghantaran barang ke Malaysia. Contohnya syarikat BGST Resources Sdn Bhd.

3.         Alibaba.com

Di website Alibaba adalah yang paling sesuai untuk anda membeli barangan berteknologi tinggi atau heavy duty. Ini kerana di Alibaba.com banyak kilang yang “verified” yang terjamin kualiti barangannya dan yang paling penting harga jauh lebih murah berbanding beli di Malaysia. Di Alibaba terdapat banyak pilihan serta brand-brand yang terkenal. Website Alibaba juga senang digunakan berbanding Taobao dan 1688 kerana bahasa web yang digunakan adalah bahasa yang kita semua faham iaitu bahasa inggeris. Tetapi diingatkan di Alibaba harganya sedikit mahal dari Taobao dan 1688 kerana target market Alibaba adalah international buyer dan rate yang digunakan adalah dalam USD.

Seronok sebenarnya beli barang borong dari China, tapi perlu ada “modal” je la. Barang yang kita nampak jual di Shopee atau Lazada kebanyakkan dari website yang kami list kan ini. Harga biasanya seller akan jual 2-3 kali ganda lebih mahal kalau dibandingkan dengan harga yang terus kita borong dari sana. Tapi kos keseluruhan untuk dapatkan barang terus dari China mungkin akan jadi lebih mahal dari beli dengan seller local. Kenapa? Sebab tak ada ilmu. Kalau serious nak membeli dari China dan nak jimat banyak, dapatkan ilmu yang betul dulu. Boleh join Seminar Borong China Online yang dianjurkan oleh BGST Resources Sdn Bhd untuk mendapatkan ilmu cara borong yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *