Packaging barangan tanggungjawab anda dan supplier
Packaging barangan adalah aspek yang amat kami tekankan sewaktu anda membuat penghantaran (shipping) untuk meminimumkan kerosakan barangan. Jika barangan yang dihantar rosak akibat tidak melakukan packaging mengikut piawai, tiada tuntutan insurans atau penggantian boleh dilakukan.
Pelanggan hendaklah membungkus barangan mereka mengikut standard piawaian pembungkusan. Bagi barangan mudah pecah atau rosak, pelanggan dinasihatkan menggunakan kotak kayu dengan kos sendiri.
Berikut merupakan standard piawaian pembungkusan:
1.Menggunakan kotak & guni berpita pelikat (barangan ringan seperti bunga tiruan, soft toys dan lain-lain)
2.Menggunakan kotak dan guni berjahit (barangan yang lebih berat seperti jeans & cadar)
3.Menggunakan foam dan kotak berkayu (barangan mudah pecah seperti kaca, gadjet dan lain-lain)