JOM JELAJAH KEAJAIBAN CHINA DENGAN SERVIS TRIP BORONG KAMI!!!

Tidak asing lagi negara China merupakan negara ekonomi terbesar dunia atau kita boleh gelarkan ianya sebagai ‘syurga pembuatan barangan di dunia’. Boleh dikatakan hampir 95% produk yang ada disekeliling kita dihasilkan dari China dan menggunakan tag ‘MADE IN CHINA’. Ini membuktikan bertapa hebatnya kuasa ekonomi China. Tidak hairanlah aktiviti borong barang China sering dilakukan di seluruh dunia.

Melalui pengalaman BGST selama hampir 12 tahun, kami mendapati China adalah sebuah negara ‘lubuk emas’ bagi peniaga bukan sahaja di Malaysia malahan di serata dunia. Dengan harga barangan yang murah, China menjadi pengeksport utama barangan keluaran mereka ke negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Eropah. Tambahan pula, kualiti barangan dari China telah ditingkatkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh sebeb demikian, seluruh dunia tertumpu kepada negara China untuk mengimport barangan dan menghasilkan produk komoditi atau teknologi.

KENAPA CHINA???

1. Harga Kompetitif: China dikenali sebagai pengeluar dan pembekal terbesar di dunia untuk pelbagai jenis barangan. Oleh kerana pengeluaran besar-besaran dan kos pengeluaran yang rendah, banyak produk boleh dibeli dengan harga yang lebih murah berbanding di negara lain.

2. Kepelbagaian Produk: China menawarkan pelbagai jenis produk daripada pelbagai industri, termasuk pakaian, elektronik, mainan, peralatan rumah dan banyak lagi. Ini memberikan banyak pilihan kepada pembeli untuk mencari barangan mengikut keperluan dan pilihan mereka.

3. Pasaran Borong Besar: China mempunyai pasaran borong yang sangat besar dan pelbagai di banyak bandar utama. Beberapa pasaran terkenal termasuk Bandar Perdagangan Antarabangsa Yiwu, Pasar Borong Guangzhou dan Pasar Sutera Beijing. Di sini, pembeli boleh mencari produk dalam kuantiti yang banyak dan mempunyai akses kepada banyak penjual yang bersaing.

4. Peluang Perniagaan: Bagi peniaga dan usahawan, pemborongan di China boleh menjadi peluang perniagaan yang menarik. Membeli barangan secara borong daripada pengilang atau pengedar boleh menjana keuntungan yang lebih besar apabila menjual semula produk di pasaran antarabangsa.

5. Inovasi Teknologi: Selain produk konvensional, China juga dikenali sebagai pusat inovasi teknologi. Ini membolehkan pembeli mencari produk teknologi terkini pada harga yang lebih berpatutan berbanding produk serupa dari negara lain.

PAKEJ TRIP BORONG CHINA BGST



JADUAL TRIP BORONG CHINA 2023 BGST



KELEBIHAN IKUT TRIP BERBANDING BELI DARI PLATFORM ONLINE:

  • Dapat pegang barangan untuk menilai material serta kualitinya. Contohnya anda dapat menilai kualiti fabrik dan beg tangan yang high grade sebelum pembelian.

  • Dapat jumpa barangan terbaru di pasaran yang tiada lagi di Malaysia. Stok di China biasanya lebih advance 6 bulan hingga 1 tahun. Jadi anda boleh menjadi pelopor!

  • Dapat berbincang dengan supplier secara bersemuka dan lebih terperinci terutama kalau anda nak tempah barangan serta dapat database supplier yang lebih luas.

  • Dapat bertanya secara terus dengan supplier dan belajar teknikal serta spesifikasi barangan terutama untuk pembelian mesin dan barangan berteknologi tinggi.



BERMINAT NAK JOIN TRIP BORONG BGST?



KOMPILASI GAMBAR TRIP BORONG CHINA SESI JULAI 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *