Jika anda ingin menghantar barang ke luar negara, proses eksport boleh menjadi agak rumit. Namun, dengan perkhidmatan eksport kami, anda dapat memastikan penghantaran dilakukan dengan lancar dan efisien. Kami juga menyediakan program latihan untuk membantu anda memahami proses eksport dengan lebih mendalam. Berikut adalah prosedur yang perlu diikuti untuk memastikan barang anda sampai ke destinasi dengan selamat.
Prosedur Eksport:
- Semak Keperluan Negara Pengimport Sebelum Mengeksport Barangan
Sebelum menghantar barang, pastikan anda menyemak sama ada barang anda boleh dieksport atau tidak. Setiap negara mempunyai peraturan yang berbeza mengenai jenis barang yang dibenarkan masuk serta dokumen yang diperlukan. Anda perlu mengenal pasti dokumen dan permit yang diperlukan bagi memastikan penghantaran dapat dilaksanakan. - Sediakan Keperluan Dokumen
Setelah itu, sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti sijil asal, permit, dan dokumen lain mengikut keperluan negara tersebut. Pastikan semua maklumat adalah tepat dan lengkap bagi mempercepatkan proses eksport. - Hubungi Shipping Agent untuk Uruskan Penghantaran
Setelah segala keperluan disediakan, hubungi syarikat pengangkutan (shipping agent) seperti BGST untuk menguruskan penghantaran barang anda. Shipping agent akan menyusun dan mengatur segala keperluan untuk penghantaran sama ada melalui laut (seafreight) atau udara (airfreight). - Hantar ke Luar Negara
Setelah semua langkah di atas dipenuhi, penghantaran barangan ke luar negara boleh dilaksanakan. Pastikan segala dokumentasi selesai dan barang telah disediakan dengan sempurna sebelum dihantar.
Jenis Barang yang Boleh Dihantar
Hampir semua jenis barang boleh dihantar ke luar negara, tetapi pastikan anda mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh negara tersebut. Setiap negara mempunyai senarai barangan yang dibenarkan dan yang dilarang masuk. Oleh itu, sangat penting untuk menyemak jenis barang yang anda ingin hantar serta keperluan permit atau dokumen.
Kos penghantaran
Kos penghantaran adalah sangat subjektif dan bergantung pada beberapa faktor seperti berat barang, saiz barang (kilo atau volumetrik), serta jenis pengangkutan penghantaran (airfreight atau seafreight). Setiap jenis penghantaran mempunyai kadar kos yang berbeza, dan kami akan memberi maklumat yang tepat mengenai kos yang perlu dibayar bergantung kepada keperluan dan jenis penghantaran anda.
Penghantaran barang ke luar negara kini lebih mudah dengan bantuan BGST. Kami memastikan semua keperluan dipenuhi supaya barang anda sampai ke destinasi dengan selamat, pantas dan dengan harga yang berpatutan.
Jika anda ingin menggunakan servis penghantaran eksport BGST, hubungi kami di:
Laman Web : https://www.bgst.com.my/
Whatsapp: http://www.wasap.my/+60169391757/Export
Email: info_cs@bgst.com.my