Lubuk Perabot Murah Di China
Nak beli perabot murah dari China? Sini lubuknya. Boleh jimat sehingga ribuan ringgit. Anda boleh mendapatkan keuntungan maksimum untuk bisnes anda. Dimanakah tempat itu? Lubuk perabot murah di China boleh didapati di Foshan, China. Jika anda naik penerbangan turun di Guangzhou kemudian naik teksi selama 1 jam akan sampai ke Foshan.
Ada satu tempat di Foshan ni yang sangat-sangat best. Apa perasaan anda bila nampak meja pejabat macam di IKAE (bukan nama sebenar) RM1,500 tapi di sini cuma RM260 je? Atau sofa yang RM4-5k dijual RM1-2k di sini? Atau set bilik tidur maharaja yang RM7-8k, di sini baru RM2-3k? Mesti rasa teruja dan rambang mata kan? Tempat ini sering menjadi lubuk perabot murah di China berbanding dengan tempat lain.
Itulah realitinya di sini. Kalau anda beli banyak memang boleh jimat sehingga puluh-puluh ribu. Memang benar bagai dikata, di sini semuanya murah berkali-kali ganda. Selepas tolak flight, hotel dan shipping cost anda masih jimat banyak. Syaratnya kena beli banyak baranglah baru berbaloi.
Sebut sahaja anda nak perabot yang macam mana, segalanya ada dijual di sini dalam satu kawasan seluas 10 kilometer! Pasti anda tak larat nak explore semua sebab terlalu banyak. Barang yang dijual di Malaysia semua ada di sini, malah jenis trend terbaru pun ada. Lampu chandelier 18 bulb yang kami beli ni baru RM1,300 (2000 yuan). Di Malaysia senang-senang dijual RM3-4k untuk lampu besar macam tu. Kristal tu, bukan kaca. Sinaran dia jauh beza. Disebabkan jurang perbezaan yang sangat ketara harganya, maka sangat sesuai ianya digelar pusat lubuk perabot murah di China.
Soal penghantaran dari Foshan ke Malaysia anda boleh guna khidmat Borong China Services & Trading. Lebih kurang 1 bulan barang sampai. Beli barang pun kalau stok tak ada kita perlu bayar deposit 30% je. Bakinya bila stok sudah ada boleh minta tolong BGST bayarkan dan uruskan penghantaran bila kita sudah balik ke Malaysia.
“Tak takut ke kena tipu beli barang di sana?”
Anda jangan risau…BGST juga menawarkan servis Inspection. Kami ada team di China yang boleh bantu buat inspection sebelum shipment. Kami akan pastikan barangan anda berada dalam keadaan baik dan mengikut spec yang anda mahukan.