Servis Pemeriksaan Bayaran Sebelum Penghantaran Antara Negara BGST: Elak Risiko & Jimat Kos!

Pernahkah anda membeli barang dari China tetapi risau barang tersebut terdapat kerosakan, tidak seperti yang anda pesan atau kuantiti tidak mencukupi? Jangan risau! Jika anda menggunakan servis shipping Bgst, anda boleh menambah servis inspection untuk memeriksa barang anda sebelum ia dihantar.

Kenapa Perlu Guna Servis Inspection?

Kami menyediakan servis inspection untuk penghantaran dari China ke Malaysia atau dari Malaysia ke luar negara. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda dapat:

  1. Memastikan Kuantiti Barang Tepat
    Kuantiti barang diperiksa untuk memastikan jumlah yang diterima sama seperti yang dipesan.
  2. Semak Rekaan, Warna & Model
    Kami akan memastikan rekaan, warna, dan model barang anda betul seperti yang anda pesan.
  3. Memeriksa Kerosakan Fizikal (Item Besar Sahaja)
    Untuk barangan bersaiz besar, kami memeriksa sama ada terdapat sebarang kerosakan fizikal.
  4. Pemeriksaan Labeling pada Karton
    Kami memastikan pelabelan pada karton betul supaya memudahkan penyimpanan dan penghantaran barang.

Kisah Pelanggan Kami

Seorang pelanggan kami pernah membeli 10,000 unit jute bag dari China dengan kos keseluruhan sekitar RM3,000. Malangnya, supplier di China tersilap mencetak logo syarikat lain pada semua beg tersebut.
Setelah berbincang, supplier bersetuju untuk mencetak semula beg itu tanpa sebarang kos tambahan. Namun, pelanggan tetap menghadapi satu masalah besar – kos penghantaran balik ke China hampir RM5,000, iaitu jauh lebih mahal daripada harga beg tersebut! Akhirnya, pelanggan terpaksa menanggung kerugian besar kerana kesilapan ini. Jika pelanggan kami menggunakan perkhidmatan inspection kami, kosnya hanya sekitar RM1,500

Bagaimana Jika Menggunakan Inspection Service Kami?

  1. Kos Perkhidmatan Inspection:
    Harga untuk memeriksa 10,000 beg hanya RM1,500.
  2. Kos Pemeriksaan Per Beg:
    RM1,500 ÷ 10,000 beg = RM0.15 setiap beg

Bandingkan kos hanya RM0.15 per unit dengan kerugian besar akibat kesilapan supplier. Dengan servis inspection kami, anda boleh mengelakkan kerugian, menjimatkan masa, dan mengurangkan kos penghantaran balik. Jelas sekali, perkhidmatan ini sangat berbaloi!

Jangan biarkan kesilapan supplier merugikan anda. Gunakan perkhidmatan kami untuk memastikan setiap barang anda berkualiti dan siap untuk dihantar! Elakkan risiko dan jimat kos dengan perkhidmatan inspection kami.

Hubungi Kami Hari Ini!

Untuk menggunakan servis kami, hubungi kami di:

Laman Web : https://www.bgst.com.my/

Whatsapp: http://www.wasap.my/+60169391757/InspectionServices

Email: info_cs@bgst.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *