Spare Part Motor China
Dalam zaman serba mudah sekarang, kita boleh melakukan pembelian atas talian bukan sahaja daripada platform tempatan, tapi juga luar negara. Semuanya bergantung kepada kita untuk menilai sama ada laman tersebut boleh dipercayai atau tidak, dengan harapan barang tersebut akan sampai secara selamat. Ini tidak terkecuali untuk penggemar motosikal yang ingin mencari spare part bagi motor kesayangan masing-masing. Sudah pasti anda semua ingin mencari spare part yang termurah dan pada waktu yang sama berkualiti dan tahan lasak. Sudah semestinya spare part Motor China akan menjadi antara pilihan utama bagi kedai-kedai motor dan juga bengkel besar.
Tahukah anda di China kita boleh dapatkan sparepart dan aksesori motorsikal dengan harga yang sangat murah dan berbaloi. Lebih murah dari harga pasaran Malaysia. Tetapi anda harus membeli dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan harga borong.
Spare Part Motor China – Dimana Nak Beli?
1. 1688
Website 1688 menyediakan MOQ serendah 5 unit. Harga barangan akan berbeza mengikut range MOQ customer inginkan. Jika anda membeli sparepart motor dalam kuantiti yang banyak maka harga akan jadi lebih murah.
2. Taobao
Taobao salah satu laman web yang menjadi kegemaran orang ramai. Ini kerana kita boleh beli barang dalam kuantiti serendah satu unit sahaja dengan harga yang murah. Bercakap mengenai spare part motor China, web Taobao ini merupakan antara pilihan utama di dalam mendapatkan barangan berkaitan dengan motorsikal. Untuk beli barang berkaitan motorsikal, disarankan membeli aksesori sahaja seperti baju hujan, jacket leather, helmet dan sebagainya. Untuk sparepart tidak banyak pilihan disini.
3. Alibaba
Di website Alibaba adalah yang paling sesuai untuk anda membeli barangan berkaitan motorsikal. Di Alibaba terdapat banyak pilihan serta brand-brand yang terkenal. Website Alibaba juga senang digunakan berbanding Taobao dan 1688 kerana bahasa web yang digunakan adalah bahasa yang kita semua faham iaitu bahasa inggeris.
Tetapi diingatkan di Alibaba harganya sedikit mahal dari Taobao dan 1688 kerana target market Alibaba adalah international buyer dan rate yang digunakan adalah dalam USD. Tiada masa? atau tidak tahu cara nak borong barang China? Syarikat dibawah boleh membantu anda memborong di China.
1. BGST Resources Sdn Bhd
BGST Resources Sdn Bhd ialah syarikat penghantaran barang di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak 2011. 80% daripada dagangan import mereka adalah dengan China. Bagi eksport, BGST Resources telah menguasai Pasaran Asia, Timur Tengah dan Amerika Selatan.
Syarikat ini menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan yang berkaitan dengan import dan eksport seperti Penghantaran Pintu ke Pintu dari China ke Malaysia, pemeriksaan pra-penghantaran untuk barangan dari China, custom clearance dan banyak lagi. Mereka juga telah memperoleh perakuan sebagai ejen kastam oleh Kastam Diraja Malaysia, berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan juga MATRADE sebagai syarikat pengeksport.
Bagi owner bisnes yang menjalankan perniagaan spare part motor China, mereka bolehlah menggunakan servis BGST untuk urusan yang lebih mudah & cepat. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat kami, layari laman web kami di sini: https://bgst.com.my/
2. ALFRO Freight Forwarders (M) Sdn Bhd
ALFRO Freight Forwarders telah diperbadankan pada tahun 1985 dan selama bertahun-tahun sebagai organisasi berorientasikan perkhidmatan, mereka komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada pelanggan mereka. Mereka mempunyai pasukan pakar yang berkelayakan yang mementingkan perancangan yang kos efektif dan cekap sambil mengekalkan kepentingan dan kebajikan pelanggan mereka.
Perkhidmatan mereka termasuk penghantaran kargo antarabangsa, kargo projek, pembrokeran kastam, penyatuan, Operasi NVOCC, jualan penerima, insurans kargo, FCZ terikat dan tidak terikat, pergudangan, pembungkusan, trak, pemindahan penghantaran dan penggunaan pelbagai import /permit dan lesen perdagangan eksport.
3. ECX Global Forwarding (M) Sdn Bhd
ECX Global ialah syarikat milik Malaysia yang menyediakan rangkaian lengkap perkhidmatan dalam penghantaran barang, pergudangan, pengedaran dan pembrokeran kastam. Sebagai sebuah syarikat yang mantap dan bersepadu, mereka memiliki pengalaman bertahun-tahun memenuhi keperluan logistik adegan tempatan dan antarabangsa. Mereka memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam semua sektor industri dengan menyediakan semua bentuk perkhidmatan pengangkutan fizikal dan perundingan peringkat tinggi dalam semua aspek peraturan perdagangan juga.
Syarikat itu mampu menguruskan kedua-dua penghantaran biasa dan logistik kompleks yang terlibat dalam penghantaran barangan yang sangat khusus dari kilang pengeksport ke lokasi yang ditentukan pelanggan di mana-mana di Malaysia atau di seluruh dunia. Ini juga termasuk pelepasan kastam, penghantaran fizikal dan penyediaan kos pendaratan yang tepat.