Trip borong ke China yang telah berlangsung pada Januari 2025 memberi peluang besar kepada para peserta untuk bukan sahaja untuk memborong barang ready-made, tetapi juga untuk menempah produk megikut spesifikasi yang mereka mahu.
Dalam trip ini, kami telah membawa salah seorang peserta ke kilang jahit pukal untuk menempah pakaian mengikut rekaan fesyen dan “material” yang beliau ingini. Oleh itu, kami telah memberikan panduan kepada peserta supaya:
- Membawa Sample atau Rujukan
Paling penting dalam tempahan mengikut spesifikasi yang diingini kita adalah dengan membawa contoh atau sampel yang ingin ditempah. Ini membantu kilang menghasilkan produk yang memenuhi ekspektasi anda. - Tentukan Reka Bentuk dan Kualiti
Selain warna dan “material”, pastikan anda juga memberi penekanan kepada reka bentuk dan kualiti yang diinginkan. Contohnya terangkan dengan jelas elemen-elemen seperti potongan, jahitan, dan perincian lain yang penting dalam produk akhir.
Dengan peluang untuk menempah barangan mengikut spesifikasi ini, trip perniagaan ke China bukan sahaja memberikan kemudahan untuk membeli barang secara borong, tetapi juga dapat mengikut keperluan dan permintaan pasaran produk. Kami berharap semua peserta trip borong kali ini mendapat pengalaman yang memuaskan dan berbaloi!
Jika anda berminat menyertai Trip Borong China, hubungi kami di:
Laman Web : https://www.bgst.com.my/
Whatsapp: http://www.wasap.my/+60169391757/TBC
Email: info_cs@bgst.com.my