Cara Borong Barang Dari China

Mengimport produk-produk berkos rendah dari negara seperti China boleh menguntungkan perniagaan anda. Bagi mereka yang baru sahaja mendengar tentang borong barangan dari China, mungkin terdengar agak rumit dan berisiko. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sudah biasa memborong barangan dari China, perkara tersebut boleh dilakukan dengan cara yang mudah.

Sekiranya anda merancang untuk memulakan atau baru mula memborong barang China, ingatlah untuk selalu mempertimbangkan kos penghantaran, mengetahui cara borong barang dari China dan sebagainya. Barang yang anda import dari China mungkin mempunyai harga borong serendah RM 1, tetapi caj penghantaran / pengangkutan mungkin menjadi RM 10. Jadi, sebenarnya, anda terpaksa membayar RM 11 untuk setiap barang dan bukannya RM 1.

Membayar kos penghantaran lebih daripada kos produk sebenar pastinya bukan kaedah memborong yang baik. Barangan yang lebih berat dan lebih besar perlukan cara penghantaran berbeza dari barangan yang ringan dan kecil. Anda juga perlu mengambil kira kos sampingan lain. Sekiranya anda ingin mula memborong dari China, berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti:

Persediaan

Memulakan perniagaan dengan memborong produk dari China memerlukan perancangan yang jelas dan rapi terutama sekali bagaimana cara borong barang dari China. Timba ilmu dari mereka yang berpengalaman. Masuk kursus memborong dari China supaya anda tak langgar dinding banyak kali!

Adakah anda memerlukan lesen import?

Untuk mengimport barangan tertentu dari China, anda mungkin memerlukan lesen import. Mungkin tidak diperlukan untuk semua item, tetapi lebih baik untuk memeriksa apakah barangan yang anda borong memerlukannya atau tidak.

Dimana lokasi perniagaan anda?

Kawasan yang berbeza tidak hanya mempunyai undang-undang yang berbeza tetapi juga potensi market yang berbeza. Sebelum melangkah lebih jauh dapatkan target market yang bersesuaian dan lesen perniagaan mengikut undang-ulokas kawasan tersebut.

Apakah jenis perniagaan yang ingin anda jalankan?

Memborong barangan dari China boleh dibahagikan secara meluas kepada dua jenis:

  1. Anda membeli barangan pukal dari pembekal China dan menjualnya terus kepada pengguna.
  2. Anda membeli secara borong dari pembekal China dan kemudian menjualnya kepada peruncit.

Sekiranya anda baru dalam borong dari China ini, disarankan menjual secara langsung kepada pengguna, kerana terdapat risiko disebabkan jika menjual kepada peruncit anda memerlukan modal yang besar. Namun, jika anda mempunyai pengalaman dalam perniagaan borong dan mempunyai saluran pengedaran dalam skala besar, anda boleh memilih salah satu dari keduanya.

Produk apa yang anda mahu jual?

Sekiranya anda belum memutuskan produk apa yang ingin dijual, berikut adalah beberapa cadangan. Anda harus mempertimbangkan untuk mengimport produk yang mempunyai permintaan tinggi dan mengetahui cara borong barang dari China dengan lebih terperinci bagi menjimatkan kos. Produk yang permintaannya tinggi, tetapi tidak mudah didapati di negara asal anda boleh menjadi sangat popular dan menguntungkan.

Untuk mengetahui produk mana yang mendapat permintaan tinggi, anda boleh melihat trend semasa. Beberapa kategori produk yang sangat popular dalam kuantiti borong di China adalah seperti:

  1. Hiasan Rumah
  2. Aksesori Telefon Bimbit
  3. Elektronik
  4. Aksesori Fesyen
  5. Jam Tangan
  6. Kotak Hadiah
  7. Aksesori Penjagaan Rambut

Di mana anda akan menyimpan stok barangan borong tersebut?

Anda memerlukan tempat yang luas dan selamat untuk menyimpan barangan borong anda. Sekiranya anda sudah mempunyai store, maka anda mungkin tidak perlu risau. Bagi mereka yang tiada tempat simpanan khas, anda mungkin boleh menyewa store atau kedai di mana anda boleh menyimpan stok bisnes yang sampai dari China. Sebenarnya anda boleh juga menjalankan bisnes dropship tanpa pegang stok, tapi perlu belajar caranya.

Cari pembekal di China yang dipercayai.

Bahagian terpenting dalam memborong dari China adalah dengan mencari pembekal yang betul-betul boleh dipercayai di China. Anda boleh ke China dan mula mencari pengeluar dan pembekal yang tepat dan mewujudkan silaturrahim dengan mereka atau menggunakan ejen sumber China seperti BGST untuk membelikan barangan dan membuat pemeriksaan sebelum barangan yang diborong dihantar ke Malaysia. Melalui servis BGST seperti kursus borong China, mereka akan mengajar pemborong / peruncit yang baru nak berniaga tentang cara – cara borong barang dari China dengan lebih terperinci serta menjimatkan kos.

Apakah Ejen Sumber China?

Ejen sumber China seperti BGST akan bekerjasama dengan anda untuk mencari, mengenal pasti dan berunding dengan pembekal atau pengeluar di China. Ejen sumber China juga dapat membantu anda dengan penyelidikan pasaran, kawalan kualiti, penilaian sebelum penghantaran, perlepasan kastam, dan pertumbuhan pembekal tanpa anda perlu hadir sendiri ke China. Sudah tentu anda jimat kos, tenaga dan masa.

Ejen sumber China yang baik adalah:

  • Fasih berbahasa Mandarin dan Inggeris
  • Mempunyai pengetahuan mendalam mengenai budaya perniagaan China
  • Mempunyai pengalaman luas dalam berurusniaga dengan pengilang / pembekal China
  • Berpengalaman dalam kawalan kualiti
  • Berpengalaman dalam bidang audit dan logistic

Bekerjasama dengan ejen sumber yang betul dan pembekal yang dipercayai boleh menjadikan perniagaan anda maju kehadapan. Ejen sumber China yang baik dapat membantu anda mendapatkan produk berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan dan dapat meningkatkan keberkesanan di dalam pengawalan kos perniagaan anda. Mereka juga dapat mengelakkan masalah yang berbangkit mengenai undang-undang import. Ini disebabkan mereka ini lebih arif dan tahu selok belok cara borong barang dari China tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Kesimpulannya

Memborong barang dari China bukanlah satu perkara yang mudah. Terdapat pelbagai risiko bagi mendapatkan barangan-barangan dari China. Tetapi yang paling penting adalah bagaimana anda melaluinya dengan memilih ejen sumber China yang betul serta mendapatkan para pembekal / pengilang China yang boleh dipercayai untuk jangkamasa yang panjang. Semuanya dari ilmu dan pengalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *