3 min

MENGENAI KAMI

BGST Resources Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang boleh memasarkan dan membekalkan produk sarung tangan/examination glove (nitrile glove  & Latex glove) buatan Malaysia ke mana-mana lokasi sama ada di dalam negara ataupun diluar negara dalam jumlah pukal.

Kami mempunyai connection dengan kilang-kilang glove dalam dan luar negara. Sejak awal tahun 2020 sehingga kini, BGST telah membekalkan lebih 1 juta kotak glove buatan Malaysia di dalam dan luar negara seperti Iran, UK, Spain dan pelbagai negara lain.

Jenis Glove yang BGST boleh bekalkan.

1) Rubber Glove/Sarung Tangan Latex Tanpa Debu (Non powdered/powder free)

Sarung tangan kebiasaanya berwarna biru latex ini bersifat elastik. Sarung tangan ini kurang ketahanan terhadap bahan kimia dan objek tajam. Sarung tangan ini sesuai digunakan untuk kendalian bahan industri dan juga perubatan. Bagi mereka yang mudah terkena reaksi alergik pada kulit, tidak digalakkan untuk memakai sarung tangan jenis tanpa debu ini. Satu kotak sarung tangan ini mengandungi sebanyak 100 pasang.

2) Rubber Glove/Sarung Tangan Latex Berdebu (Powdered)

Berbeza dengan non powdered. Sarung tangan ini mempunyai debu bagi memudahkan pemakaian dan juga menyerap peluh. Sarung tangan ini diperbuat daripada 100% latex, ianya sangat selesa dan kenyal untuk digunakan.

3) Rubber Glove/Sarung Tangan Nitril (nitrile)

Jenis glove nitrile pula, adalah yang paling popular. Begitu berbeza dengan sarung tangan lateks, sarung tangan nitril ini diperbuat daripada getah sintetik. Biasanya sarung tangan nitril ini adalah alternatif terbaik bagi pengguna yang mengalami alahan ketika menggunakan sarung tangan lateks.

Berbanding dengan sarung tangan jenis lain, sarung tangan nitril ini paling tahan kebocoran. Oleh kerana ciri-ciri tahan bocor ini, biasanya sarung tangan nitril digunakan untuk tujuan perubatan. Selain dari tujuan perubatan, sarung tangan nitril juga sering digunakan untuk tujuan perniagaan kuliner dan industri.

Oleh kerana wabak pandemik yang melanda dunia ketika ini, permintaan global terhadap sarung tangan getah meningkat sehingga 20% dari biasa.

Oleh itu, BGST adalah jawapan anda sekiranya anda mencari atau terdengar sesiapa yang mencari rubber gove/medical glove/sarung tangan getah dalam jumlah minima 1 kontena (40K kotak).

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *