
Cara Mencari Supplier Dari China
Melalui kaedah ini, kita dapat mengetahui bagaimana cara mencari supplier dari China secara amnya. Ini adalah kaedah yang sesuai untuk kebanyakan pemilik perniagaan kerana kemudahannya.
1. Buat Semakan Online
Pertama sekali, mencari pembekal dalam talian bermakna kita tidak perlu meninggalkan rumah untuk mencari supplier. Di platform seperti Alibaba, Taobao atau 1688, anda juga boleh menyemak rangkaian penuh produk yang mereka tawarkan dan melihat ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggan terdahulu.
Selain itu, kedai dalam talian seperti ini selalunya mempunyai sistem yang membolehkan kita mendapatkan semula wang refund dengan mudah sekiranya kita meminta bayaran balik.
Namun begitu, kelemahan menggunakan kaedah dalam talian semasa mencari pembekal ialah kita hanya boleh bergantung pada gambar dan video untuk menilai produk yang kita ingin beli.
Walaupun begitu, kita boleh membeli sampel, tetapi kita masih perlu menunggu sampel itu tiba di depan pintu, dan proses ini akan mengambil masa.
Bercakap tentang masa, kita juga akan menghabiskan masa yang agak lama untuk mencari pembekal yang sesuai. Kita perlu menapis melalui beribu-ribu daripada mereka, terutamanya jika kita baru memulakan perniagaan.
2. Tanya Orang yang Ada Connection dengan Supplier China
Satu lagi cara mencari supplier dari China adalah dengan meminta mana-mana pemilik perniagaan yang kita kenali untuk memberi “recommendation”.
Melalui rujukan seperti ini, kita berpeluang mendapatkan supplier yang boleh dipercayai dan mampu menyampaikan produk berkualiti pada harga yang berpatutan.
Tambahan pula, connection yang kita ada boleh memberi amaran kepada kita tentang supplier tertentu supaya kita tahu siapa yang perlu dielakkan.
Walaupun mereka tidak berada dalam industri yang sama, mereka masih boleh berkongsi pengalaman dan kaedah mereka semasa mencari supplier – yang mana maklumat ini boleh terbukti amat bernilai.
Jika tiada sesiapa dalam kalangan sosial kita yang pernah menggunakan supplier dari China, sebagai alternatif, kita boleh menyertai private group atau public group yang terdapat di platform media sosial seperti Facebook, LinkedIn, dan forum dalam talian.
Ini merupakan pilihan yang bagus, kerana banyak kumpulan di luar sana yang sedia membantu dalam perjalanan kita mencari supplier berkualiti.
3. Melawat Trade Fairs
Seterusnya, bagi mereka yang lebih suka interaksi secara bersemuka (face-to-face), menghadiri trade fairs adalah langkah yang bijak. Trade fairs merupakan pameran langsung di mana pelbagai pihak dari pelbagai industri berkumpul untuk mempromosikan barangan mereka.
Kebiasaannya, beberapa trade fairs hanya dibuka kepada profesional, manakala yang lain juga dibuka kepada orang ramai. Ini adalah tempat yang bagus untuk melihat pilihan pembekal dan mengembangkan networking kita.
Oleh itu, pastikan kita menyemak sama ada terdapat trade fairs yang akan diadakan di negara kita atau kawasan yang berdekatan.
Sekiranya terlalu jauh, beberapa konvensyen seperti Pameran Canton China turut menawarkan trade fairs secara maya. Lebih daripada 20,000 usahawan mempamerkan produk mereka dan berunding dengan pembeli secara dalam talian.
Cuba hubungi penganjur trade fairs tersebut dan tanyakan jika mereka menyediakan pilihan maya.
Penutup: Gabungkan Beberapa Kaedah
Kesimpulannya, kaedah untuk mencari supplier dari China yang berkualiti bukanlah mudah – lebih-lebih lagi bagi mereka yang menjalankan perniagaan khusus.
Kadangkala, kita mungkin perlu menggabungkan ketiga-tiga kaedah ini sebelum menemui cara terbaik yang boleh dipercayai.
Adalah penting untuk meluangkan masa dalam mencari supplier yang konsisten dan mampu membekalkan produk berkualiti tinggi serta tepat pada masanya. Ini akan membantu kita mengelakkan potensi kerugian – sama ada dari segi bayaran balik atau reputasi jenama.
Bagaimana BGST Boleh Membantu Anda Mengetahui Cara Mencari Supplier Dari China yang Betul?
👉 Sertai Program Coaching “Import China Online” BGST Sekarang
Belajar langkah demi langkah mencari supplier, membeli dari 1688/Taobao/Alibaba, dan urus pembayaran serta penghantaran.
👉 Juga boleh Sertai Business Trip to China Sekarang!
Alami sendiri dunia borong di Guangzhou bersama BGST. Cari produk terus dari pembekal, bandingkan harga, dan buat urus niaga secara bersemuka dengan penuh keyakinan.