Pada 26 Okt 2024 yang lepas, BGST  telah mengadakan Kursus Borong China yang bertempat di Wangsa Maju, Selangor. Kursus ini dijalankan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan persediaan yang lengkap kepada semua peserta Trip Borong China sebelum mereka memulakan perjalanan ke sana.

Apakah Pendedahan yang Peserta akan Dapat Dalam Kursus Borong China Ini?

Kursus ini diadakan secara bersemuka, dan memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik-teknik asas dalam dunia pemborongan atau import dari China, dengan cara yang sangat praktikal. Antara topik yang akan dipelajari termasuk:

1. Pengenalan Mengenai China
Peserta akan mempelajari tentang pasaran borong di China, jenis-jenis barangan yang dijual, perkembangan tahap komunikasi, teknologi dan juga kualiti barangan di sana. Terdapat juga penerangan perkara asas seperti perbezaan masa, keselamatan dan pengangkutan di sana.

2. Persediaan Sebelum ke China
Dalam kursus ini, peserta akan belajar cara memborong barangan dengan lebih terperinci. Kepentingan mental yang kuat, keperluan peribadi, alat telekomunikasi, cara pembayaran di China dan banyak lagi yang berkaitan turut dimaklumkan kepada peserta.

3. Kaedah Memborong di China
Kami juga berkongsi kaedah dan cara berurusan dengan pembekal di China. Peserta turut mempelajari cara untuk memastikan pembekal menghantar barangan yang betul dan membuat bayaran ke China.

4. Cara Penghantaran Barang ke Malaysia
 Cara penghantaran barang yang dibeli dari China ke Malaysia turut akan diajar dengan terperinci supaya barang dapat dihantar terus ke hadapan pintu rumah anda tanpa masalah dari segi pengurusan Kastam dan pembayaran cukai yang terlalu tinggi.

Terdapat banyak lagi perkara yang dibincang dengan lebih terperinci supaya peserta memahami sepenuhnya berkenaan Trip Borong China dan cara memborong barang dari China.


Kelebihan Menyertai Kursus Borong China:

  1. Pemahaman Terhadap Cara Import dari China Lebih Baik
    Kursus bersemuka ini membuka peluang peserta bertanya secara langsung kepada jurulatih program, yang dapat membuatkan peserta memahami dengan lebih terperinci.

  2. Persiapan Menyuluruh Sebelum ke China
    Peserta yang mengikuti Trip Borong China akan lebih bersedia sebelum pergi ke sana. Mereka akan lebih memahami tentang tentatif program dan juga cara yang betul untuk membeli dan memborong barang di China.


Untuk maklumat lanjut berkenaan Trip Borong China dan cara pendaftaran, boleh hubungi kami di :
1. https://wa.me/60169391757  (Khidmat Pelanggan)
2. 03-33939072 (Talian Pejabat)
atau layari website kami
https://bgst.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *