Pemborong Baju Budak Dari China

Pemborong Baju Budak Dari China

Ramai yang mencari pemborong baju kanak-kanak yang anda boleh gunakan untuk menjual semula ataupun anda nak gunakan sendiri. Sebenarnya, banyak cara untuk anda dapatkan pemborong baju kanak-kanak di pasaran, jadi artikel pada kali ini adalah khusus untuk memberikan sedikit info kepada anda tentang di mana nak dapatkan baju kanak-kanak murah di pasaran. Di Malaysia, ramai peniaga yang menjual baju kanak-kanak secara online. Juga yang menjual secara kecil-kecilan di pasaran.

Kalau nak ikutkan, semua pemborong pakaian kanak-kanak ini adalah dari China. Antara tempat yang saya rekemen adalah untuk anda mendapatkan senarai pemborong baju budak dari China menerusi laman Taobao. Laman Taobao meyenaraikan barangan yang dijual dengan harga murah. Jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Pemborong Baju Budak Dari China

Bukan setakat pemborong pakaian, ada banyak lagi pemborong lainnya. Anda boleh cari sendiri di laman Taobao itu. Kalau perniagaan anda berkaitan dengan baju orang dewasa, tali pinggang dan lain-lain pun boleh dapatkan di Taobao.

Untuk pengetahuan, Taobao adalah laman yang membolehkan anda membeli pada kuantiti yang sederhana, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit. Kalau perniagaan anda masih lagi kecil, boleh guna laman Taobao ini.

Anda perlu membeli dalam kuantiti yang ditetapkan terutama kalau ingin menjadi pemborong baju budak dari China. Tetapi, kalau anda dah jumpa barangan yang anda mahu, cuba hubungi penjual dan cuba nego harga dan kuantiti yang anda inginkan. Walaupun minimum kuantiti adalah 1000 sebagai contoh, tetapi anda masih boleh berunding untuk dapatkan kuantiti yang kurang lagi. Kuncinya, hubungi penjual di Taobao dan dapatkan info dan cuba nego dengan mereka.

Syarikat yang boleh membantu anda borong baju budak di China

1. BGST Resources Sdn Bhd

BGST Resources Sdn Bhd ialah syarikat penghantaran barang di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak 2011. 80% daripada dagangan import mereka adalah dengan China. Bagi eksport, BGST Resources telah menguasai Pasaran Asia, Timur Tengah dan Amerika Selatan.

Syarikat ini menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan yang berkaitan dengan import dan eksport seperti Penghantaran Pintu ke Pintu dari China ke Malaysia, pemeriksaan pra-penghantaran untuk barangan dari China, custom clearance dan banyak lagi. Mereka juga telah memperoleh perakuan sebagai ejen kastam oleh Kastam Diraja Malaysia, berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan juga MATRADE sebagai syarikat pengeksport.

Sekiranya anda ingin memulakan bisnes atau ingin menjadi pemborong baju budak dari China, BGST Resources Sdn Bhd sedia menawarkan kepakaran mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat kami, layari laman web kami di sini: https://bgst.com.my/

2. ALFRO Freight Forwarders (M) Sdn Bhd

ALFRO Freight Forwarders telah diperbadankan pada tahun 1985 dan selama bertahun-tahun sebagai organisasi berorientasikan perkhidmatan, mereka komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada pelanggan mereka. Mereka mempunyai pasukan pakar yang berkelayakan yang mementingkan perancangan yang kos efektif dan cekap sambil mengekalkan kepentingan dan kebajikan pelanggan mereka.

Perkhidmatan mereka termasuk penghantaran kargo antarabangsa, kargo projek, pembrokeran kastam, penyatuan, Operasi NVOCC, jualan penerima, insurans kargo, FCZ terikat dan tidak terikat, pergudangan, pembungkusan, trak, pemindahan penghantaran dan penggunaan pelbagai import /permit dan lesen perdagangan eksport.

3. ECX Global Forwarding (M) Sdn Bhd

ECX Global ialah syarikat milik Malaysia yang menyediakan rangkaian lengkap perkhidmatan dalam penghantaran barang, pergudangan, pengedaran dan pembrokeran kastam. Sebagai sebuah syarikat yang mantap dan bersepadu, mereka memiliki pengalaman bertahun-tahun memenuhi keperluan logistik adegan tempatan dan antarabangsa. Mereka memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam semua sektor industri dengan menyediakan semua bentuk perkhidmatan pengangkutan fizikal dan perundingan peringkat tinggi dalam semua aspek peraturan perdagangan juga.

Syarikat itu mampu menguruskan kedua-dua penghantaran biasa dan logistik kompleks yang terlibat dalam penghantaran barangan yang sangat khusus dari kilang pengeksport ke lokasi yang ditentukan pelanggan di mana-mana di Malaysia atau di seluruh dunia. Ini juga termasuk pelepasan kastam, penghantaran fizikal dan penyediaan kos pendaratan yang tepat.

Kesimpulan

Sekiranya anda ingin memulakan bisnes pakaian kanak-kanak ataupun ingin menjadi pemborong baju budak dari China, anda memerlukan khidmat syarikat-syarikat seperti senarai diatas untuk membantu anda untuk mendapatkan pakaian-pakaian budak pada harga yang rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *