website borong china

Website Borong China

Anda mesti pernah dengar rakan-rakan atau kenalan anda yang menggunakan website borong china untuk berniaga. Negara China memang terkenal sebagai pengeluar barangan dengan harga yang sangat murah. Kebanyakan barang yang didapati di Malaysia juga diperbuat dari China. Tetapi pernahkan terlintas dalam fikiran anda mengapa China menjadi tumpuan utama bagi membeli barang secara borong?

Website Borong China

Kenapa Borong Barang Dari China?

• Produksi skala besar dan kos material yang rendah

Kebanyakan kilang produksi di China adalah antara yang terbaik di dunia jika dibandingkan dengan negara pembuatan lain. Kilang pembuatan di China merangkumi beratus, malah beribu produk pembuatan daripada pembuatan pakaian hingga industri berat. Dengan permintaan yang tinggi, jadi kos material boleh dikurangkan. Hasilnya, kos produksi menjadi sangat murah.

• Industri bekalan rantaian yang lengkap

Proses bekalan rantaian di China sangatlah lengkap sehingga mampu memenuhi setiap permintaan pelanggan. Tidak mengira jenis industri, proses bekalan rantaian di China menyediakan servis yang baik.

• Infrastruktur terbaik

Antara faktor lain adalah infrastruktur yang lengkap dan bagus. Infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan China bertujuan untuk membantu pengilang mengeksport produk dengan cepat dan cekap. Hasilnya, pengurusan bekalan produk di China adalah antara yang terbaik dan efisien.

• Terbaik dalam teknologi e-dagang

China dilihat sebagai antara kuasa yang mendominasi teknologi e-dagang. Jack Ma dengan syarikatnya, Alibaba adalah antara bukti bagi penguasaan mereka dalam industri tersebut.

• Persaingan yang sengit

Persaingan antara pengilang dan pemborong di China berlaku apabila hampir semua produk boleh didapati. Jadi pemborong di Malaysia dengan mudahnya boleh mencari produk alternatif dari kilang atau pemborong lain sekiranya harga yang dijual mahal.

Seperti dinyatakan diatas, salah satu sebab mengapa China menjadi tumpuan untuk memborong barangan adalah kekuatan industri e-dagang mereka. So, anda tidak perlu ke China untuk memborong barangan mereka.

Terdapat banyak website borong china yang anda boleh layari untuk dapatkan barang borongan dari China.

1.         Taobao

Website paling popular untuk membeli barang-barang murah. Taobao adalah lubuk mencari supplier bagi mereka yang menjual di Shopee dan Lazada. Tapi ramai lagi beli untuk keperluan diri sendiri sebab di Taobao boleh beli barang dalam quantity yang sedikit. Beli satu pun boleh di Taobao. Walaupun kita tak faham Bahasa China, trick dia hanya menggunakan plugin ‘google translate’ je.

Harga di Taobao sebenarnya lebih kurang je dengan Shopee dan Lazada kalau secara asalnya. Tapi… kalau kita pandai “selam”, Taobao ni sangatlah murah! Sebab tu ramai je orang kita beli dari Taobao. So kena ada ilmu, jangan main beli je.

2.         1688.COM

1688.com ialah pasaran e-dagang yang dimiliki dan dikendalikan oleh Alibaba Group. Ia adalah salah satu platform dalam talian terbesar untuk membeli-belah dalam talian.

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa terdapat laman web membeli-belah dalam talian lain selain Alibaba dan AliExpress. Alibaba sebenarnya, syarikat induk dan memiliki beberapa laman web dalam talian lain termasuk AliExpress, 1688 dan Taobao.

Terdapat perbezaan tertentu dalam laman web dalam talian yang dimiliki oleh kumpulan Alibaba antaranya bahasa dan model perniagaan adalah perbezaan utama. Kebanyakan dropshipper yang tidak tahu apa-apa perkataan dalam bahasa Cina hanya bergantung pada AliExpress untuk penghantaran dropship.

Web seperti 1688 dan Taobao terutamanya dijalankan dalam bahasa Cina. Oleh itu, sebab lain untuk membezakan 1688 daripada AliExpress ialah halangan bahasa pembekal Cina.

3.         Alibaba.com

Di website Alibaba adalah yang paling sesuai untuk anda membeli barangan berteknologi tinggi atau heavy duty. Ini kerana di Alibaba.com banyak kilang yang “verified” yang terjamin kualiti barangannya dan yang paling penting harga jauh lebih murah berbanding beli di Malaysia. Di Alibaba terdapat banyak pilihan serta brand-brand yang terkenal.

Website Alibaba juga senang digunakan berbanding Taobao dan 1688 kerana bahasa web yang digunakan adalah bahasa yang kita semua faham iaitu bahasa inggeris. Tetapi diingatkan di Alibaba harganya sedikit mahal dari Taobao dan 1688 kerana target market Alibaba adalah international buyer dan rate yang digunakan adalah dalam USD.

4.         Aliexpress.com

AliExpress, seperti Taobao dan 1688, dimiliki oleh Alibaba. Kebanyakan pembekal di AliExpress menetapkan minimum order quantity (MOQ) atau jumlah minimum kuantiti tempahan bermula daripada 10 unit. Tetapi pembelian serendah 1-unit masih boleh dilakukan tetapi dengan harga yang sedikit tinggi berbanding jika anda membeli secara borong.

5.         TMall

TMall menawarkan harga borong bagi barangan mereka. Tetapi yang berbezanya adalah TMall mempunyai produk berjenama dan brand besar seperti Nike, Apple dan banyak lagi. Produk di TMall walaupun berjenaman tetapi diberikan dengan harga yang berganda lagi murah.

Servis Shipping BGST Resources Sdn Bhd

Selepas memborong barangan dari China, mestilah anda perlukan servis penghantaran yang baik dan trusted untuk barangan anda. BGST adalah pilihan yang terbaik anda. BGST Resources Sdn Bhd ialah syarikat penghantaran barang di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak 2011. 80% daripada dagangan import mereka adalah dengan China. Bagi eksport, BGST Resources telah menguasai Pasaran Asia, Timur Tengah dan Amerika Selatan.

Syarikat BGST menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan yang berkaitan dengan import dan eksport seperti penghantaran barang dari China ke Malaysia, pemeriksaan pra-penghantaran untuk barangan dari China, custom clearance dan banyak lagi. BGST juga telah memperoleh perakuan sebagai ejen kastam oleh Kastam Diraja Malaysia, berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan juga MATRADE sebagai syarikat pengeksport.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *