Hari 1: Ketibaan

Pengembaraan bermula apabila kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou, pada pagi Selasa. Ada group yang tiba lebih awal. Selepas itu kami terus check in di hotel dan makan tengah hari yang lazat di restoran Muslim tempatan, diikuti dengan sedikit masa peribadi dan bersantai untuk mendapatkan suasana untuk hari-hari mendatang. Ketika matahari terbenam, kami menikmati makan malam yang lazat di restoran mesra Muslim sebelum berehat untuk aktiviti hari esok.

Hari 2: Meneroka Pusat Borong

Hari ke 2 bermula lebih awal. Selesai sahaja solat subuh dan sarapan di hotel, kami mulakan aktiviti dengan taklimat pagi yang diketuai oleh coach BGST. Selepas itu, bergerak ke pusat borong masing-masing. Untuk hari ke 2 ni dipecahkan kepada dua group. Group 1 akan pergi ke pusat borong perabot/ID dan barangan hardware manakala Group 2 pergi ke pusat borong handbag dan pakaian kanak-kanak. Setelah selesai aktiviti masing-masing, kami bertolak pulang ke hotel untuk persediaan taklimat malam.

Hari 3: Aktiviti Borong Diteruskan!

Aktiviti sama seperti hari ke 2, pergi ke pusat borong masing-masing. Cuma kelainannya kami sempat bersiar-siar di Pearl River dengan menaiki kapal. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan di China ni. Selepas selesai, balik ke hotel untuk berehat.

Hari 4: Pusat Borong Dan Kilang

Hari ke 4, hari Jumaat yang penuh barakah. Kami pergi ke pusat borong mainan kanak-kanak dan pusat borong kosmetik. Ada group yang pergi private trip iaitu pergi ke kilang jahitan/printing kain. Selesai aktiviti memborong, kami akhiri dengan makan malam yang sangat sedap di restoran Muslim.

Hari 5: Hari Terakhir, Selamat Tinggal Guangzhou

Merupakan hari terakhir. Hari aktiviti bebas dimana kami boleh repeat pergi ke pusat-pusat borong sebelum ini. Dan masa ni juga adalah hari yang paling sesuai untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Selesai semua aktiviti, kami berkumpul di hotel untuk check out dan bersedia untuk ke Airport dan pulang ke Malaysia. Guangzhou telah terbukti lebih daripada sekadar syurga membeli-belah. Ia adalah sebuah bandar yang menggabungkan perdagangan dengan budaya, mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sehingga kita bertemu lagi, Guangzhou!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *