BGST Resources Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan dari China ke Malaysia secara menyeluruh dan yang paling dipercayai. Sebagai sebuah syarikat freight forwarder, BGST boleh menguruskan cargo dari China atau Malaysia ke mana-mana negara yang dikehendaki. Selain penghantaran secara console, kami juga ‘focus’ menerima penghantaran kargo secara full kontena (FCL)
Definisi Full Container Load (FCL)
Merupakan penghantaran barang melalui seafreight dengan menggunakan satu kontena penuh dimiliki oleh satu pengirim. Semua barang dalam kontena itu milik satu orang atau pelanggan dan tidak bercampir dengan barang orang lain. Ukuran kontena pada umumnya dibahagi kepada 2 iaitu 20ft dan 40ft.
Walaubagaimanapun, penghantaran secara FCL ini juga, sesuai bagi mereka yang mahu menghantar barang yang mudah rosak, terbakar, rosak ataupun memerlukan penjagaan khas seperti arang. Selain itu barang yang memerlukan suhu tertentu seperti frozen foof, buah-buahan dan sayur juga sesuai untuk menggunakan penghantaran jenis FCL ini.
Kelebihan Menggunakan Penghantaran Full Container Load (FCL)
Setiap jenis kaedah penghantaran seafreight mempunyai kelebihannya yang tersendiri, namun bagi penghantaran secara FCL barang yang dihantar tidak akan bercampur bersama barangan dari pengirim lain. Selain itu, risiko tertukar atau tersalah alamat dapat dikurangkan 100%. Kelebihan seterusnya, pengirim tidak perlu menunggu kontena terisi penuh seperti penghantaran secara console. Akhirnya penghantaran secara FCL ini sebenarnya dapat menjimatkan dan menguntungkan lagi anda sebagai pengirim.
Hantar Barang Secara Satu Kontena Lebih Murah?
Andakah anda golongan yang selalu beli barangan dari China dalam jumlah banyak? Contohnya 30 hingga 70cbm keatas sebulan..Jika ya, tahu tak ada cara shipping yang lebih murah untuk anda iaitu ship guna 1 kontena penuh berbanding ship guna cbm?
Contohnya :
Kos penghantaran secara cbm ke Selangor sekarang adalah RM450/cbm. Jom kita lihat kos jika menggunakan satu kontena penuh.
Jumlah anggaran keseluruhan kos shipping termasuk semua cukai untuk satu kontena 40 kaki HQ barangan normal adalah RM 25,000. Satu kontena 40 kaki HQ itu boleh memuatkan 76 cbm barangan jika diisi penuh dan padat. Jadi kira-kiranya adalah :
RM 25,000 / 76 cbm = RM 329
Kos shipping anda hanya RM329 berbanding menggunakan cbm iaitu RM450. Dengan ini anda boleh berjimat sebanyak RM 121/cbm!
Jika anda mengimport barangan dari China sebanyak 76cbm ini bermaksud anda telah berjimat sebanyak RM 9,196!! Banyak tuuu.. Jadi kalau anda memang ambil barangan dari China dalam jumlah banyak bertukarlah dari penggunaan cbm ke penggunaan kontena.
Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan penghantaran sila hubungi kami di:
==========================================
BGST Resources Sdn Bhd
Website: https://www.bgst.com.my/
No Tel: +603 33939072
Macam mana saya nk pos barang dari china ke malaysia
Hi tuan, tuan boleh gunakan servis penghantaran dari china ke malaysia kami. Hantar secara console atau fcl pun boleh. Hubungi kami di whatsapp untuk urusan selanjutnya: http://www.wasap.my/+601136972173