Para peserta trip tiba di Lapangan Terbang Guangzhou

Pada 13 November, telah berlangsungnya Trip Borong China yang disertai hampir 20 orang peserta. Para peserta berlepas dari Kuala Lumpur pada 5.30 pagi, dan tiba di bumi Guangzhou tepat pada pukul 9.30 pagi. Setelah berehat seketika di hotel, peserta bertolak ke pusat borong pada pukul 2 petang. Sepanjang trip, BGST telah menyediakan bas yang selesa untuk memastikan perjalanan peserta berjalan lancar. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan setiap hari, mengikut jenis barangan yang mereka perlukan.

Menyusuri Pasar-pasar Borong Guangzhou
   
     Hari pertama dimulakan dengan kumpulan pertama menuju ke Pusat Borong Fabrik, manakala kumpulan kedua memulakan sesi dengan ke Pusat Borong Permainan . Semua peserta sangat teruja memilih barang yang diperlukan untuk jualan mereka. Hari kedua pula, kumpulan pertama sibuk membeli beg dan pakaian, sementara kumpulan kedua memborong hiasan dalaman dan langsir. Pada hari ketiga, kumpulan pertama membeli barangan kanak-kanak dan hardware, manakala kumpulan kedua mencari gadget dan aksesori kereta.
     Hari keempat membawa peserta ke pengalaman lebih menarik dan unik. Kumpulan pertama berpeluang pergi ke kilang jahit pukal dan berpeluang menempah kain dan pakaian dengan harga borong yang sangat murah Manakala kumpulan kedua ke kilang mesin shrink untuk melihat mesin-mesin yang bersusaian untuk ditempah dan dibeli . Pada hari kelima, peserta kembali ke pusat borong kegemaran mereka untuk membeli lebih banyak barangan yang telah mereka intai sepanjang minggu.

Panduan Komunikasi dengan Pembekal dan Kemudahan Penghantaran ke Malaysia

     Kesemua peserta diajar cara berkomunikasi yang betul dengan pembekal supaya mereka dapat menempah barang atau mendapatkan diskaun yang lebih banyak. Walaupun ada pembekal yang tidak fasih berbahasa inggeris, ini tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak aplikasi penterjemah yang dapat membantu kita.
     Terdapat beberapa peserta yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan ‘shipping’ BGST untuk menghantar barangan borongan mereka terus ke Malaysia! Dengan menggunakan servis ini, mereka tidak perlu risau tentang berat ‘luggage’ mereka , dan dapat membawa pulang lebih banyak barangan dengan mudah.

Mengakhiri Perjalanan dengan Kenangan Manis dan Barang Borongan Berharga
    
       Pada petang terakhir, dengan beg yang penuh dan hati yang puas, para peserta bertolak pulang ke Malaysia, membawa kenangan dan barangan borongan yang menjadi kenangan untuk mereka. Trip ini bukan sahaja memberi peluang untuk memborong barangan, tetapi juga pengalaman berharga yang luar biasa bagi para peserta trip.

Berminat untuk menyertai Trip Borong China? Hubungi kami di :
http://www.wasap.my/+60169391757/TBC

Layari laman web kami untuk mendapatkan lebih banyak maklumat :
https://bgst.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *