Pengalaman selama 15 tahun dalam bidang logistik dan perdagangan antarabangsa telah membentuk perjalanan Puan Zuria Abdullah, yang sekarang aktif dalam membantu usahawan tempatan untuk memasuki perdagangan antarabangsa rentas sempadan.
Pengalaman dan sumbangan beliau dalam industri ini telah mendapat perhatian dari pihak media menerusi satu sesi wawancara bersama akhbar Kosmo! Yang memperkenalkan perjalanan beliau sebagai Ikon Wanita dalam dunia perdagangan global.

Pengalaman selama 15 tahun dalam bidang logistik dan perdagangan antarabangsa telah membentuk perjalanan Puan Zuria Abdullah, yang sekarang aktif dalam membantu usahawan tempatan untuk memasuki perdagangan rentas sempadan.
Pengalaman dan sumbangan beliau dalam industri ini telah mendapat perhatian dari pihak media menerusi satu sesi wawancara bersama akhbar Kosmo! Yang memperkenalkan perjalanan beliau sebagai Ikon Wanita dalam dunia perdagangan global.
Pengalaman 15 Tahun Membina Kepakaran dalam Industri Logistik dan Perdagangan Global
Penglibatan Puan Zuria dalam industri logistik bermula dengan pengalaman dalam bidang pengaturcaraan dan pembangunan sistem. Pengetahuan dalam sistem serta analisis pangkalan data membuka peluang kepada beliau untuk melihat potensi sektor logistik sebagai komponen penting dalam ekosistem perdagangan yang semakin berkembang.
Pengalaman berurusan dalam industri ini turut memberikan pendedahan kepada pelbagai cabaran kepada Puan Zuria. Termasuk isu kos penghantaran, pengurusan risiko, kerosakan barang serta kepentingan memahami prosedur import dan eksport.
Bagi Puan Zuria, pengalaman tersebut menjadi pengajaran penting bahawa ilmu dan pengetahuan merupakan asas utama dalam untuk menguruskan industri ini.

Membantu Usahawan Menembusi Pasaran Antarabangsa
Melalui BGST Resources, Puan Zuria memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan logistik serta bimbingan perdagangan kepada usahawan tempatan, khususnya dalam urusan perdagangan antara Malaysia dan China.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk:
- Pengurusan penghantaran kargo antarabangsa.
- Perkhidmatan import dan eksport.
- Bimbingan mendapatkan stok terus daripada pembekal di China tanpa melalui orang tengah.
- Latihan dan bimbingan perdagangan antarabangsa.
- Pendedahan kepada proses dan prosedur perdagangan rentas sempadan.
Selain perkhidmatan logistik, BGST turut terlibat dalam program latihan dan bimbingan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat multinasional serta usahawan melalui kerjasama dengan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMA).
Melalui program ini, Puan Zuria dapat membantu memberi pendedahan yang lebih banyak kepada syarikat PKS di Malaysia.
Kesimpulan
Perjalanan menembusi pasaran antarabangsa sememangnya memerlukan persediaan, pengetahuan dan strategi yang tepat. Namun, dengan bimbingan serta sokongan yang bersesuaian, lebih banyak perniagaan tempatan berpeluang berkembang melangkaui sempadan negara.
BGST Resources percaya bahawa kejayaan perdagangan global bermula dengan ilmu, pengalaman dan keberanian untuk melangkah lebih jauh.




