
Pada 11 hingga 13 September 2026, telah berlangsung Program Export Readines yang menghimpunkan kalangan usahawan dalam satu sesi pembelajaran yang padat, praktikal dan penuh dengan ilmu yang bermanfaat untuk persediaan menembusi pasaran eksport.
Sepanjang program ini, peserta bukan sahaja didedahkan dengan perkara asas tentang eksport, tetapi program ini juga direka untuk membimbing peserta untuk memahami proses, strategi dan keperluan antarabangsa sebenar produk mereka selangkah kaki sahaja ke persada antarabangsa.
Hari Pertama: Mengenali Perjalanan Eksport
Peserta didedahkan kepada cara mengenal pasti pasaran yang berpotensi, memahami negara sasaran serta mengenali keperluan dan penerimaan pengguna. Sesi Product Export Readiness turut membantu peserta menilai tahap kesediaan produk sebelum melangkah ke pasaran eksport.

Hari Kedua: Memahami Compliance, Packaging & Logistics
Hari kedua memberi fokus kepada aspek yang lebih teknikal dalam proses eksport seperti Export Compliance, Export Packaging & Labelling, International Logistics, Incoterms, Customs & Trade Compliance serta Dokumen Eksport.
Peserta turut diperkenalkan kepada kos yang terlibat dalam logistik eksport, termasuk perkara yang perlu diambil kira bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang keseluruhan kos penghantaran antarabangsa.

Hari Ketiga: Menilai Kesiapsiagaan & Simulasi Eksport
Pada hari terakhir, peserta menjalani Export Readiness Assessment dan membina Export Action Plan yang merangkumi perancangan untuk tempoh 12 bulan.
Sesi Simulasi Aktiviti Eksport pula memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari sepanjang program. Program diteruskan dengan Sesi Perkongsian Pengalaman Eksport, refleksi pembelajaran dan taklimat lawatan industri sebelum ditutup secara rasmi.

Kenapa Bimbingan Eksport Penting?
Ramai usahawan mempunyai produk yang bagus tetapi masih belum yakin untuk memulakan langkah eksport kerana tidak mengetahui proses yang betul.
Antara persoalan yang sering timbul ialah:
- Adakah produk saya sudah bersedia untuk dieksport?
- Pasaran negara mana yang sesuai?
- Apakah dokumen yang diperlukan?
- Apakah keperluan pematuhan untuk negara sasaran?
- Bagaimana hendak mencari pembeli antarabangsa?
- Bagaimana proses penghantaran produk ke luar negara?
- Bagaimana hendak memastikan produk diterima oleh pasaran antarabangsa?
Melalui program ini, usahawan tidak perlu bergerak bersendirian. Mereka mendapat bimbingan dan panduan secara lebih tersusun supaya setiap langkah dapat dirancang dengan lebih baik.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang tiga hari program. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi pemangkin kepada perkembangan perniagaan masing-masing.

