Anugerah Ikon Perdagangan Global : Puan Zuria Abdullah

Anugerah Ikon Perdagangan Global

Tahniah diucapkan buat Puan Zuria Abdullah atas penerimaan Anugerah Ikon Perdagangan Global, ia merupakan pengiktirafan yang diberikan atas kecemerlangan dan sumbangan besar dalam bidang perdagangan serta pembangunan ekonomi.

Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/2027

Anugerah tersebut merupakan sebahagian dari program Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/2027 yang juga diterima oleh Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid. Ia bertujuan untuk menghargai wanita-wanita daripada pelbagai pelosok bidang termasuk keusahawanan, pembangunan komuniti dan kepimpinan. Puan Zuria Abdullah  telah menerima anugerah bagi kategori Bintang Perdagangan Global atas pencapaian beliau dalam memperkasakan sektor perdagangan global.

Penglibatan dalam bidang perdagangan global bukanlah sesuatu yang mudah. Usahawan perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi, strategi yang jelas serta keberanian untuk meneroka pasaran baharu. Dalam keadaan pasaran yang semakin kompetitif, kemampuan untuk memahami kehendak pasaran, membina rangkaian perniagaan dan menyesuaikan strategi mengikut perubahan semasa merupakan antara aspek penting dalam memastikan sesebuah perniagaan mampu bertahan dan berkembang.

Pengetahuan dan Pengalaman Yang Luas

Sehubungan itu, pengalaman dan pengetahuan luas Puan Zuria Abdullah dalam bidang perdagangan menjadi nilai tambah dalam membantu usahawan melihat potensi pasaran global. Usaha memperkasakan usahawan untuk bergerak daripada pasaran tempatan ke pasaran antarabangsa dapat membuka lebih banyak peluang. Secara tidak langsung, ia turut membantu produk dan perkhidmatan Malaysia dikenali di peringkat global.

Pencapaian Yang Cemerlang

Kejayaan ini juga memberikan keupayaan buat Puan Zuria dalam membina hubungan perdagangan yang lebih kukuh. Ia juga memberi inspirasi kepada golongan usahawan, khususnya buat usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi. Dengan pengalaman yang luas, beliau berjaya membuktikan bahawa semangat dan keberanian dalam menghadapi cabaran mampu membuka peluang yang lebih luas. Ia turut menjadi dorongan untuk meneroka potensi yang lebih besar dalam dunia perdagangan global.

Sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Zuria Abdullah atas penerimaan Anugerah Ikon Perdagangan Global. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan untuk terus melangkah ke hadapan. Usahahawan juga berani meneroka peluang baharu dan membawa nama serta produk Malaysia ke persada perdagangan global.Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus berjaya dan memberi impak positif kepada industri perdagangan negara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.