
Pada 18 Ogos 2026, telah berlangsung program Jualan Rentas Sempadan Digital, sebuah program anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang memberi pendedahan kepada usahawan mengenai peluang mengembangkan perniagaan melalui platform digital ke pasaran luar negara.
Program ini dikendalikan oleh Puan Zuria Abdullah selaku coach, yang berkongsi pengetahuan dan panduan berkaitan dunia jualan rentas sempadan digital kepada para peserta.
Peranan Coach Dalam Bimbingan Usahawan
Sebagai coach program, Puan Zuria Abdullah memberitahu peserta tentang perkara penting dalam jualan rentas sempadan digital.
Bimbingan daripada orang yang tahu dan berpengalaman dalam bidang ini dapat membantu usahawan memahami apa yang perlu dipertimbangkan sebelum masuk ke pasaran antarabangsa.
Bagi usahawan, peluang dapat ilmu secara langsung seperti ini sangat berharga. Ia membantu usahawan membuat perancangan perniagaan yang lebih baik dan mengurangkan kesilapan bila mula menembusi pasaran luar negara.
Jualan Digital Membuka Lebih Banyak Peluang
Dengan penggunaan platform digital yang semakin meluas, ada peluang besar untuk setiap usahawan Malaysia memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan antarabangsa
Namun, kejayaan dalam pasaran antarabangsa tidak hanya bergantung kepada kemampuan produk dijual sahaja. Ia juga memerlukan strategi pemasarang yang bagus dan sesuai dengan sasaran pelanggan.
Inilah sebabnya ilmu mengenai jualan rentas sempadan digital semakin penting kepada usahawan yang mempunyai hasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Dengan ilmu yang tepat, strategi yang jelas dan persediaan yang baik, langkah pertama ke pasaran global boleh bermula dari Malaysia.

