Sebagai kesinambungan daripada Program BANGKIT, Program Export Readiness diteruskan lagi dengan pelaksanaan Site Visit iaitu lawatan Coach Zuria ke premis perniagaan dan kilang milik peserta BANGKIT. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau sendiri operasi perniagaan dijalankan dari segi proses pengeluaran, pembungkusan produk, kapasiti pengeluaran dan berapakah tahap kesediaan syarikat untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Dalam sesi One to One Coaching ini,satu sesi perbincangan secara langsung bersama pemilik syarikat atau wakil syarikat bersama Coach. Ia adalah untuk berkongsi perspektif dan mengenal pasti cabaran yang bakal dihadapi sebelum memulakan aktiviti export. Selain itu, pemeriksaan juga dibuat secara fizikal ke atas kualiti pembungkusan, jangka hayat produk (shelf life), serta maklumat label. Ini membolehkan produk eksport menepati syarat pengimport dan logistik luar negara.
BANGKIT : Platform Awal Sebelum Eksport
Program BANGKIT ini menjadi salah satu platform penting untuk membimbing usahawan memahami asas dan persediaan perniagaan ke arah pasaran global. Di dalam program ini, peserta dibawa dari satu peringkat ke satu peringkat untuk mencapai objektif program. Ia bagi memberi tumpuan kepada penilaian dan pemantapan keupayaan sebenar syarikat.
Dalam program ini, terdapat 3 kali lawatan iaitu 2 secara fizikal dan 1 secara dalam talian. Lawatan ini amat penting bagi membantu perkembangan para usahawan untuk memahami keperluan eksport. Ia penting juga untuk persediaan dalam operasi yang lebih kukuh untuk memenuhi permintaan pasaran antarabangsa yang meluas.
Kesimpulannya, program ini membantu lebih ramai usahawan tempatan dapat memperkukuh kualiti produk dan lebih yakin untuk ke pasaran global.

